Saturday, January 10, 2015

Sekolah Menengah Kiblah , Jenderam

Syukur kepada yg maha ESA...hari ni selesai kemasukan kakak ke sekolah agama Kiblah.Betul lah perancangan manusia tak dapat mengatasi perancangan Allah.
Setelah gagal utk masuk ke sekolah agama masjid di subang jaya..kami suami isteri berusaha mencari alternative utk kakak yg mana hari semakin suntuk utk kemasukan ke ting. 1.
Atas cadangan rakan niaga cik suami..kami diperkenalkan dgn sek kiblah ini.dan hari ini merupakan hari pertama persekolah.
Melangkah ke sek ini kami dapat rasakan inilah sek yg  akan membentuk keperibadian anak kami.Terima kasih tak terhingga kepada pihak sek kerana bagi peluang kpd anak kami  menuntut disini.
 Walaupun kakak tak ada keputusan sek agama rendah  tapi pihak sek menerima kakak .sebagai ibu saya percaya dgn kebolehannye.