Saturday, October 15, 2011

birthday kakak '9'



happy birthday kakak!!!!!!!1

tahun yang ke 9 , kami menyambut ulang tahun kakak di rumah sahaja...aku dapatkan kek dari kedai kek berry's..1/2 kg rm45. sangat simple and meriah..kakak tak sabar nak tiup lilin dan merentap hadiahnya berupa kasut roda yang dihadiahkan oleh suamiku..


mama doakan kakak sihat sejahtera dan dilindungi Allah di dunia dan akhirat... beroleh kebahagian serta berjaya dalam kehidupan..AMIN

posing raya aug 2011



ni gambar masa raya aug 2011....kami berkesempatan beraya di kg...alangkah seronoknya anak2 ku...beraya sakan .


Tahun ni tahun pertama kami beraya tanpa abah JOhan, semoga roh abah di tempatkan bersama-sama org beriman..AMIN. kalau imbas kenangan beraya bersama abah........... suamiku akan menyediakan sehelai baju baru buat abah, pagi raya kami berkumpul bersama bersalaman, aku masak juadah raya, tapi simple je...itu pun atas tunjuk ajar dari abah.kami akan bersantai bersama menonton rancangan raya di tv...Ku kira cukup kesakitan yang ditanggung oleh abah dan aku yakin ALLAH lebih menyayangi Abah.AL-FATIHAH...AMIN

ceria di rumah untie bib



biasanya hari jumaat lepas keje dan lepas amik kakak dr sekolah, kami akan menyinggah ke umah untie bib..betapa senyum kembang jaja. .... dekat sini aktiviti main....main......maklumlah ada geng bas sekolah...maka aku pun rileks.....masa ni la aku menghabiskan masa utk berehat.....yeahhhh