Sunday, October 30, 2011

cat grill rumah baru




hari ni 29 oct 2011 operasi mengecat grill rumah baru...bukan apa , sementara nak tunggu abg rahim pulang...entah pulang entah tidak...nasib aku le...aku buat sendiri la..cat grill tu.macam- macam harga org bagi nak cat sebuah rumah aku...harga mengalahkan rumah banglo....tolongggg la....paling mahal RM5000, aku beli setin cat yg kecik tu pon baru RM19.00.


banyak lagi aku nak betulkan sebelum masuk ke situ..buat sikit-sikit, mana yg dapat dijimat, aku jimatkan..rasa syg nak curahkan duit pada tempat yg tak mustahak...penat beb mengais cari duit..banyak jugak aku baca blog yg pengalaman pindah ke rumah baru...dr situ la aku jadikan contoh..


cerita ni akan bersambung....tunggu....





Thursday, October 20, 2011

pencuci mulut

pehhhh...meleleh air liur.....pelik jugak aku kenapa kalau kat kedai dgn harga yg mahal anak and suami aku gemar sangat pencuci mulut yg satu ni..apa kurangnya yang kat rumah tu......tak di usik pon......no more order kat luar lepas ni k..mama bikin sendiri..

Sunday, October 16, 2011

kayu nasi kandar










memang sedap la kat kayu ni...walau pon jauh berjalan di panah matahari yg terik , tapi puas hati sebab lauk yang panas dan segar. tak hairan laah kalau aku sanggup berjalan berpanas sampai ke kayu ni dgn zul...puas hati keluar duit beb


sanggul




hai...macam2 peraturan sekolah yg harus dipatuhi...sanggul rambut mesti...aku memang tak sempat nak menyanggul nyanggul rambut si kakak ni...kekawan dia la yang tolong..kakak kata rambut tak boleh dibiarkan melayang...ikat satu macam ekor kuda pun tak boleh...hisss banyak pantang larang, si kakak tak nak pulak potong rambut...


sanggul tu pun dah nak rabak..aku cari kat giant dah tak ada, masaalah jugak han ming ni....
kalau ada aku nak beli satu dozen...

berdominos






















ni lah koleksi gambar anak2 aku makan dominos. aku suka lepak kat sini sebab kawasannya yg kecil, memudahkan aku mengawasi anak2 ku..berdekatan dgn rumah,set kegemaran kakak yg murah dan yg pasti makanan kegemaran kakak ni..

kadang2 bila dah letih balik dari kerja, rasa malas nak masak dan terlalu penat, aku akan singgah ke sini...aqilah minat speggeti and lasagnia..sedapppp katanya..








Saturday, October 15, 2011

birthday kakak '9'



happy birthday kakak!!!!!!!1

tahun yang ke 9 , kami menyambut ulang tahun kakak di rumah sahaja...aku dapatkan kek dari kedai kek berry's..1/2 kg rm45. sangat simple and meriah..kakak tak sabar nak tiup lilin dan merentap hadiahnya berupa kasut roda yang dihadiahkan oleh suamiku..


mama doakan kakak sihat sejahtera dan dilindungi Allah di dunia dan akhirat... beroleh kebahagian serta berjaya dalam kehidupan..AMIN

posing raya aug 2011



ni gambar masa raya aug 2011....kami berkesempatan beraya di kg...alangkah seronoknya anak2 ku...beraya sakan .


Tahun ni tahun pertama kami beraya tanpa abah JOhan, semoga roh abah di tempatkan bersama-sama org beriman..AMIN. kalau imbas kenangan beraya bersama abah........... suamiku akan menyediakan sehelai baju baru buat abah, pagi raya kami berkumpul bersama bersalaman, aku masak juadah raya, tapi simple je...itu pun atas tunjuk ajar dari abah.kami akan bersantai bersama menonton rancangan raya di tv...Ku kira cukup kesakitan yang ditanggung oleh abah dan aku yakin ALLAH lebih menyayangi Abah.AL-FATIHAH...AMIN

ceria di rumah untie bib



biasanya hari jumaat lepas keje dan lepas amik kakak dr sekolah, kami akan menyinggah ke umah untie bib..betapa senyum kembang jaja. .... dekat sini aktiviti main....main......maklumlah ada geng bas sekolah...maka aku pun rileks.....masa ni la aku menghabiskan masa utk berehat.....yeahhhh